Khamis, 30 November 2017

Ijen Semeru Backpacker (Part 3)

10 Mei

 Tiket masuk ke Kawah Ijen bagi bukan warganegara Indonesia ialah RP100,000. Jika nak dibandingkan dengan tiket untuk warga tempatan memang jauh berbeza. Sebagai orang Malaysia, kami seringkali disalahanggap sebagai warga Indonesia. Tapi sayangnya kami tak berjaya mendapatkan tiket masuk sebagai warga tempatan sebab perlu berikan kad tepe (saya taktau ejaan sebetulnya, cuma sebutan mereka begitu). Kad ini sebenarnya kad pengenalan.


 Perjalanan mendaki tidaklah sesukar mana di awalnya, namun sekitar pertengahan jalan mula menaik tapi pada tahap yang agak sederhana. Kami berdua dipuji sebab bawa harvest sack bersama naik ke puncak, seandainya mereka tahu kami terpaksa bawa sebab takde tempat untuk tinggalkan.

 Saya dah lupa berapa tempoh masa dari bawah ke puncak, tapi tidaklah mengambil masa lama. Sebaik sampai di pondok rehat, beberapa penduduk tempatan akan menghampiri dan menawarkan alat penafasan. Baiklah, dari segi keselamatan, ya, kamu memerlukan alat penafasan disebabkan sulfur di puncak adalah agak kuat. Tetapi, jika kalau turun awal, sebelum jam 10 pagi, alat tersebut tidak diperlukan.


*tak tau kenapa tapi saya tak boleh upload gambar*
*nanti saya update balik dengan gambar*


Ahad, 20 Ogos 2017

Ijen Semeru Backpacker (Part 2)

9 Mei

Selepas kami sampai di Bondowoso, kami cari hotel yang terdekat. So, malam tu kami bermalam di Hotel Slamet. Note that trip ni memang kami redah, so memang tak ada sebarang booking awal-awal ke apa ke. Rate dia aku tak catat, tapi tak silap sekitar RP45,000 untuk satu bilik per malam. Untuk kadar tu korang akan dapat bilik dengan satu katil queen, bilik air dalam bilik, toiletries tak disediakan dan tak ada kipas/aircond.Tapi jangan risau, korang tak akan kepanasan pun.

1.30 Pagi - Check in Hotel Slamet

.
12.00 Tengah Hari - Check Out Hotel

  Lepas checkout hotel, kami jalan kaki ke Terminal Bondowoso, dekat sini Stasiun adalah untuk kereta api dan terminal adalah istilah untuk stesen bas. Kalau ada pemandu beca nak hantarkan korang tolak je, sebab jarak dekat. Sekitar 10 minit berjalan kaki melalui kedai-kedai (Kami berdua agak fit, jadi yang rasa tak larat/banyak duit boleh guna beca).

Bila sampai di Terminal Bondowoso, jangan terkejut kalau Terminal tu kosong jer. Sebab Bondowoso bukanlah bandar utama dan hanya pekan kecil. Dan, jangan terkejut kalau dimaklumkan tiada perjalanan ke Paltuding.

aik, kenapa pergi ke Bondowoso kalau tak boleh ke Paltuding?

Ya, jika anda harapkan bas, tiada bas akan bawa anda ke Paltuding. Kami agak beruntung kerana Semasa kami tiba di Terminal, satu satunya van yang membawa ke Paltuding masih belum bergerak. Berapa harga tiket? RP100,000. Mahalkan? Hahaha.

Van tersebut hanya mengangkut barang pergi ke Wilayah Sempol, sekitar 1 jam dari Paltuding, jadi kami kira special request untuk ke Paltuding. Sebab tu rate agak mahal, lagi pun kami hanya berdua.
Terminal Bondowoso.

Khamis, 20 Julai 2017

Ijen Semeru Backpacker.

Trip ni sebenarnya dah berbulan berlalu. Aku baru terpanggil untuk menulis. Aku berjaya menamatkan alam pengajian tinggi pada bulan 4/2017. Trip backpacking ni kiranya sebagai self reward sebab dah berjaya tamatkan alam ipt. Kemana aku backpacking?

Sebab trip ni panjang gilaaaa (10 hari kot) aku akan tulis by part. Itupun kalau rajin nak habiskan cepat cepat part tu, hahaha. Baik, kita mulakan.


6 May 2017

10.40 Pagi 

 Aku naik bas daripada Terminal Bandar Tasek Raja, Pasir Mas ke Terminal Amanjaya Ipoh. Nothing much. Aku enjoy view Titiwangsa macam biasa, harapan aku nak tengok gajah live dekat laluan ni masih belum pudar. Paling dekat pun aku pernah tengok live anak khinzir masa ride balik kampung semester dua lepas. Kos tiket = RM34.10.